Selama 60 tahun Menghafal Al-Quran, Aku Tidak Lupa Sedikit pun Bahagian Al-Quran

- 12/23/2016

Selama 60 tahun Menghafal Al-Quran, Aku Tidak Lupa Sedikit pun Bahagian Al-Quran

 



UMMU Saad dilahirkan pada 11 Julai 1925 di Desa Bandariyah, sebuah desa yang terletak di utara Bandar Kaherah, Mesir. Ia kehilangan penglihatannya pada usia muda. Keluarganya berusaha mengubati matanya dengan rawatan tradisional yang dikenali di daerah tersebut. Namun sayang, usaha mereka malah membuat Ummu Saad buta total.


Kebiasaan masyarakat luar bandar di sana, apabila ada seorang kanak-kanak yang buta, maka mereka mengkhidmatkan sang anak secara total untuk Al-Quran. Tentu ini kebiasaan yang baik, anak yang berkekurangan tidak diciutkan mentalnya dengan mengemis di jalanan atau hal-hal buruk lain. Ia dibesarkan dan dihiburkan hatinya dengan Al-Quran yang menyejukkan hati. Al-Quran yang mulia akan mewarisi kemuliaan untuk mereka. Umur 15 tahun, Ummu Saad berjaya mengkhatamkan hafalannya. Selanjutnya, Ummu Saad tinggal di Bandar Iskandariah, Mesir.


Setelah menghafalkan Al-Quran, Ummu Saad semakin giat menambah khazanah pengetahuannya tentang kitabullah. Ia mendatangi seorang ulama wanita, Nafisah binti Abu Ala -ulama Al-Quran di zamannya- untuk belajar Qiraah 10. Syaikhah Nafisah mensyaratkan suatu hal yang berat bagi sesiapa yang ingin mempelajari Qiraah 10. Syaratnya adalah mereka tidak boleh berkahwin selama-lamanya. Menurutnya, dengan menikah, para wanita akan tersibukkan dengan rumah tangga, sehingga mereka luput dari 10 riwayat hafalan Al-Quran yang mereka ceburi. Tentu ini adalah syarat yang tidak dibenarkan syariat dan tidak boleh dipenuhi.


Nafisah sendiri teguh dengan pendiriannya. Dia tidak berkahwin, Mesikupun banyak tokoh yang hendak menikahinya. Ia menyandang status gadis hingga wafat di usia 80 tahun. Syarat berat dari Syaikhah Nafisah diterima oleh Ummu Saad. Ia siap mengabdikan hidupnya untuk menjaga 10 riwayat Al-Quran tersebut.


Di usia 23 tahun, Ummu Saad telah berjaya menghafaz 10 riwayat bacaan Al-Quran. Sebagai bukti kukuhnya hafalannya, Syaikhah Nafisah pun memberikan ijazah pengakuan kepadanya.


Ummu Saad berkata, "Selama 60 tahun; menghafal, membaca, mengulang-ulang hafalan Al-Quran, membuatku tidak lupa sedikit pun bahagian Al-Quran. Aku ingat setiap ayat. Tahu surat dan juz dari ayat tersebut. Tahu butir-butir ayat-ayat yang serupa (atau serupa) dengan ayat lain. Dan aku tahu bagaimana membaca dengan setiap riwayat bacaan (langgam) ayat tersebut (dalam setiap qiraat).


Aku merasakan betapa aku menghafaz Al-Quran sebagaimana aku menghafal namaku sendiri. Aku tidak membayang-bayangkan kerana lupa, satu huruf pun aku tidak lupa dan keliru pengucapannya. Aku tidak mengetahui ilmu lain selain Al-Quran dan qiraatnya. Aku tidak pernah menghafal, belajar, atau bahkan mendengar pelajaran selain Al-Quran al-Karim, matan ilmu qiraat, dan tajwid. Selain itu, aku tidak mengetahui bidang ilmu yang lain. "


Dari sini kita dapat mengetahui betapa murninya bacaan Al-Quran Ummu Saad kerana fikirannya tidak terpengaruh dengan ilmu-ilmu lain.


sumber islampos.com
Sumber : http://detikislam.blogspot.co.id

Seputar Selama 60 tahun Menghafal Al-Quran, Aku Tidak Lupa Sedikit pun Bahagian Al-Quran

Advertisement
 

Cari Artikel Selain Selama 60 tahun Menghafal Al-Quran, Aku Tidak Lupa Sedikit pun Bahagian Al-Quran